Menu

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

PROFIL KELAB

LATAR BELAKANG 


 
 
Kelab Multimedia Universiti Utara Malaysia (UUM) merupakan sebuah kelab akademik yang bernaung  di bawah Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2009 namun mula aktif pada tahun 2010 sehingga kini.
Pelbagai aktiviti yang dibuat melibatkan komuniti dalam dan luar universiti. Kelab Multimedia merancang program-program yang berteraskan akademik, kerohanian, kemahiran, komuniti dan sebagainya. Menjadi ahli kelab membolehkan para ahli untuk melibatkan diri dalam perancangan program yang dibuat dan juga sekiranya mereka aktif membolehkan mereka diberi keutamaan untuk mengikuti program di bawah UUM CAS dan HEP.
Kelab ini terdiri daripada seorang penasihat kelab, 5 orang Majlis Tertinggi dan  22 orang biro. Antara biro-biro yang terdapat dalam kelab ini ialah Biro Informasi & Penerbitan, Biro Intergrasi, Komuniti & Antarabangsa, Biro Aktiviti, Kesenian & Kebudayaan, Biro Keselamatan & Kesihatan, Biro Penajaan & Kebajikan, Biro Sukan & Rekreasi, Biro Pendidikan & Latihan, Biro Kerohanian & Sahsiah, Biro Keusahawanan, Biro Logistik dan Biro Protokol.
 

 OBJEKTIF 

- Menjalankan program yang berteraskan akademik, kerohanian, kemahiran, komuniti dan
  sebagainya demi impak yang berkualiti.
- Mengurus badan pelajar dengan sistematik dan tersusun.
- Melatih pelajar berfikir secara kritis dan analitis serta berpemikiran kreatif.
 

VISI

Menjadi kelab yang terbaik di antara kelab-kelab di bawah naungan Pusat Pembangunan Pelajar & Alumni (PPA), CAS.

MISI

Membina sebuah organisasi kelab yang aktif, kreatif dan inovatif.

 CARTA ORGANISASI

CARTA ORGANISASI KELAB MULTIMEDIA 2017/2018


CARTA ORGANISASI KELAB MULTIMEDIA 2015/2016

- Klik pada gambar untuk zoom -
 
Klik Pada Gambar untuk Zoom
 



CARTA ORGANISASI KELAB MULTIMEDIA 2014/2015





 

CARTA ORGANISASI KELAB MULTIMEDIA 2013/2014


 





 

Majlis Tertinggi 2013/2014





                                  

    
                       


Barisan Exco 2013/2014